JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja perempuan hilang, gagal dikesan selepas keluar rumah

SUNGAI BULOH – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Melayu Subang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, ibu mangsa membuat laporan mengenai kehilangannya pada pukul 10.07 malam.

“Mangsa dikenali sebagai Anis Farhana Azrul dan dilaporkan keluar dari kediamannya di Lot 6856-F, Lorong Kemboja, Kampung Melayu Subang, Shah Alam kira-kira pukul 8.50 malam hari sama sebelum gagal dihubungi.

“Berusia 16 tahun, mangsa mempunyai ketinggian kira-kira 145 sentimeter dengan berat sekitar 35 kilogram.

“Mangsa juga berbadan kurus, berkulit hitam manis, berambut hitam paras bahu dan keriting, berwajah bujur serta bermata bulat berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Hafiz, mangsa kali terakhir dilihat memakai baju T berlengan panjang berwarna kelabu, seluar jeans panjang hitam, bertudung hitam serta berselipar biru.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Sarjan Mohd Hizam Talib di talian 012-655 0262.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button