Selepas 10 hari hilang, Puteri Wafaaumairah selamat pulang
MUAR – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah sejak 10 hari lalu selamat kembali ke pangkuan keluarganya, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pelajar tingkatan satu itu dilaporkan pulang ke rumahnya di Kampung Semaseh Panchor, Pagoh selepas dihantar oleh rakan perempuannya pada jam 3 pagi.
Katanya, kepulangan Puteri Wafaaumairah Roslan, 13, menoktahkan pencarian polis selepas laporan dibuat pada 11 Disember lalu.
“Adik Puteri Wafaaumairah pulang dalam keadaan selamat dan polis menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua warga maya yang terbabit mencari remaja itu.
“Pada masa sama, polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian kerana siasatan lanjut masa dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Minggu lalu, ibu remaja terbabit membuat laporan di Balai Polis Panchor selepas anaknya tidak pulang ke rumah.
Laporan itu dibuat susulan pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan pelajar sebuah sekolah menengah di Bukit Gambir menemui kegagalan.
Difahamkan, pelajar terbabit dilaporkan hilang selepas berselisih faham dengan ibunya yang menegur supaya tidak keluar rumah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








