BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Remaja perempuan 16 tahun dilapor hilang sejak Rabu

KAJANG – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asistan Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja tersebut kira-kira pukul 12.29 tengah hari semalam.

Menurut beliau, remaja berkenaan dikenali sebagai Nur Airis Marissa Azlan, berusia 16 tahun 10 bulan dengan ketinggian kira-kira 151 sentimeter dan berat 65 kilogram.

“Remaja itu berbadan gempal, bertudung, berambut lurus serta berkulit sawo matang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, alamat terakhir mangsa adalah di No. 58, Jalan Kesuma 5/1L, Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Sarjan Siti Norhafizah Mat Yusoff di talian 011-5453 9190.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button