Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang di Kajang
KAJANG – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Taman Jasmin, di sini sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asistan Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Nur Arissa Husna Muhammad Hafidzin pada pukul 4.44 petang semalam.
Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, kali terakhir remaja itu dilihat berada di kediamannya di Jalan Jasmin 18, Taman Jasmin pada pukul 2 petang kelmarin.
“Remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat badan sekitar 45 kilogram.
“Ciri-ciri fizikalnya ialah berbadan kurus dan tinggi, berambut lurus serta berkulit sawo matang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat remaja berkenaan diminta segera menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Nur Affira Idris di 017-320 4261.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








