JENAYAH & MAHKAMAH

Kes Tabung Haji: Peguam Jamil Khir teliti bukti sebelum cabar kes

KUALA LUMPUR – Pasukan peguam kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan meneliti secara terperinci semua bukti sebelum mengemukakan pembelaan bagi mencabar kes terhadapnya.

Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, Jamil Khir yang berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, mengaku tidak bersalah dan memilih untuk dibicarakan.

“Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM300,000 terhadap Jamil Khir dengan syarat pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

“Kami akan mengkaji bukti dan melihat pertuduhan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Terdahulu, Jamil Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan melupuskan harta Tabung Haji (TH) berjumlah RM860.3 juta.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas pertuduhan dengan secara tidak jujur telah menyebabkan Lembaga Tabung Haji melupuskan harta miliknya kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co. Ltd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 3 April 2015 hingga 17 Ogos 2017, di pejabat menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 403, Jamil berdepan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan denda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button