BERITA SEMASA

PM terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr ketika menghadiri Majlis Zikir dan Doa di Markaz Saquafathi Sunniya, Kerala, India.

Anwar berkata, beliau menerima penghargaan itu dengan penuh rendah hati dan mendedikasikannya kepada para ulama, pendakwah, ilmuwan serta pencinta ilmu yang mencurahkan bakti dalam menyebarkan dakwah dan mengangkat martabat umat.

“Di Markaz Saquafathi Sunniya, saya bersama delegasi Malaysia diraikan dalam satu Majlis Zikir dan Doa yang menghimpunkan para ulama kehormat dari Kerala dan kira-kira 2,000 penuntut ilmu yang dipimpin oleh Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad.

“Alhamdulillah, saya telah dikurniakan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr. Insya-Allah, Malaysia akan terus mendukung usaha keilmuan bersama para ulama, termasuk majlis khatam dan pengajian kitab-kitab hadis,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Zikir dan Doa di Markaz Saquafathi Sunniya, Kerala, India, semalam.

Anwar berada di India (semalam) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, sebelum meneruskan lawatan kerja ke Kerala.

Perdana Menteri juga berharap hubungan Malaysia dengan Kerala akan terus menyuburkan tradisi ilmu serta melahirkan umat yang teguh imannya, luas ilmunya dan luhur akhlaknya.

Malaysia hadir sebagai negara rakan BRICS, status yang dipegang sejak 1 Januari 2025.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button