POLITIK

Anwar sahkan terima nota bantahan UMNO kemasukan Tengku Zafrul ke PKR

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menerima nota bantahan daripada UMNO berhubung kemasukan bekas ahli parti itu, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR.

Anwar berkata perkara tersebut akan diteliti bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

“Surat (nota bantahan) itu sudah lama diterima, saya kena semak dengan Setiausaha Agung,” katanya memetik laporan BH online.

Terdahulu, pada 17 Ogos lalu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan parti menerima nota bantahan itu dan menjelaskan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hujung bulan ini.

Langkah UMNO menyerahkan bantahan dibuat selepas Tengku Zafrul mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR pada awal Ogos lalu, sekali gus menjadi ahli di cabang Ampang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum itu menegaskan semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan perlu menghormati semangat persefahaman yang dipersetujui, malah menerima bekas ahli UMNO boleh menjejaskan hubungan antara gabungan.

Untuk rekod, Tengku Zafrul mengumumkan keluar UMNO pada 30 Mei lalu sebelum mengesahkan permohonannya menyertai PKR diluluskan pada 8 Ogos.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button