BERITA SEMASA

Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), berkuat kuasa hari ini bagi tempoh dua tahun.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan itu dipersetujui oleh Perdana Menteri sebagai langkah memperkukuh hala tuju negara dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi serta memperkukuhkan ekosistem perindustrian strategik.

“Selain memimpin MIDA, Tengku Zafrul turut dijangka memikul beberapa tanggungjawab tambahan.

“Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa perincian mengenai tugas-tugas tersebut sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” katanya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button