BERITA SEMASA

Pelaburan Infineon lonjak Malaysia sebagai hub semikonduktor

PUTRAJAYA – Pelaburan mega Infineon Technologies bukan sahaja melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global, bahkan mewujudkan mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat negara ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, potensi pelaburan sebanyak RM30 bilion yang diumumkan ketika misi pelaburan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika misi pelaburan dan perdagangan ke Jerman, kini sudah menjadi realiti.

Beliau berkata, fasa pertama kilang tersebut sudah disiapkan dan sudah mula beroperasi namun Infineon telah mengorak langkah untuk membuat penambahan pelaburan, satu bukti keyakinan Infineon terhadap Malaysia.

“Kini, potensi itu telah menjadi realiti. Infineon Technologies, gergasi semikonduktor dari Jerman, telah memulakan tambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion untuk pembinaan kilang 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab terbesar di dunia di Kulim Hi-Tech Industrial Park, Kedah,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Komitmen Infineon itu juga kata beliau, turut memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan melalui program pembangunan vendor tempatan yang dilancarkan pada 15 Jan 2025, yang kini menyokong 139 syarikat tempatan.

“Daripada potensi, kita jadikan realiti,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button