JENAYAH & MAHKAMAH

Jamil Khir mengaku tidak bersalah sebabkan pelupusan aset TH RM860.3 juta

KUALA LUMPUR – Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan melupuskan harta Tabung Haji (TH) berjumlah RM860.3 juta.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas pertuduhan dengan secara tidak jujur telah menyebabkan Lembaga Tabung Haji melupuskan harta miliknya kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co. Ltd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 3 April 2015 hingga 17 Ogos 2017, di pejabat menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 403, Jamil berdepan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan denda.

Sebelum ini, Jamil Khir direman lima hari sehingga 6 September lalu sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi sehingga 8 September.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button