BERITA SEMASA

Lesen bawa jemaah haji Emraz Travel digantung Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal untuk melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

Menurutnya dalam satu kenyataan, keputusan itu diambil berikutan beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat tersebut.

“Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakej swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan termasuklah anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bh,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, TH sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan termasuklah perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah.

Justeru, katanya, TH tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan segera ke atas mana-mana pihak demi menjamin kebajikan jemaah haji negara.

Kelmarin, pelanggan yang gagal mendapat peluang untuk mengerjakan ibadah umrah yang telah ditempah melalui syarikat tersebut menyerbu pejabatnya di Putrajaya bagi menuntut balik bayaran.

Bagaimanapun,  difahamkan desakan itu tidak dilayan oleh syarikat berkenaan sehingga menyebabkan mereka berang dan mendakwa wang mereka digelapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button