BERITA SEMASA

Anggota RCI nafi Madinah tidak diberi peluang kemuka maklumat penting

KUALA LUMPUR – Dakwaan Tan Sri Madinah bahawa beliau tidak diberi peluang untuk mengemukakan maklumat penting kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) adalah tidak benar.

Anggota RCI Tabung Haji, Norsyahrin Hamidon berkata, keterangan saksi telah diambil daripada semua saksi yang berkaitan termasuk Madinah.

Menurutnya, Madinah tidak dipanggil untuk memberikan keterangan secara bersemuka di hadapan Pesuruhjaya RCI kerana jawapan bertulis daripada beliau telah diperoleh.

“Bukti keterangan saksi sudah diambil daripada semua saksi termasuk Tan Sri Madinah.

“Beliau tidak dipanggil di hadapan Pesuruhjaya kerana Pesuruhjaya RCI sudah mendapat jawapan bertulis daripada beliau dan ramai saksi lain,” katanya di sini hari ini.

Norsyahrin berkata, justeru dakwaan bahawa Madinah tidak diberikan peluang untuk mengemukakan maklumat penting adalah tidak benar.

“Untuk mengatakan beliau tidak mendapat peluang memberikan maklumat penting adalah tidak benar,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button