Mangsa serangan anjing liar masih kritikal, Nur Haira terima 40 jahitan
JOHOR BAHRU – Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang menjadi mangsa serangan lima ekor anjing liar di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat, minggu lalu masih berada dalam keadaan kritikal namun stabil.
Ibunya, Nur Wahyuni Harun, 36, berkata, anaknya Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi kini masih dalam keadaan separa sedar selepas menjalani rawatan susulan akibat kecederaan parah dalam serangan berkenaan.
Menurutnya, Nur Haira menerima sekurang-kurangnya 40 jahitan di seluruh badan akibat gigitan dan serangan anjing terbabit.
āKeadaan Nur Haira masih kritikal tetapi stabil. Sehingga sekarang dia masih separa sedar dan belum menunjukkan respons yang positif seperti biasa.
āPerkara pertama dan terakhir yang Nur Haira sebut selepas membuka mata adalah āsusuā dan ābearā (patung beruang). Itu sahaja yang kami dengar daripada dia,ā katanya ketika dihubungi.
Nur Wahyuni berkata, sebagai ibu, dia amat berharap anaknya terus menunjukkan perkembangan positif dan kembali sedar sepenuhnya selepas melalui detik sukar itu.
BACA JUGA:
Kerajaan Johor tanggung kos rawatan Haira, operasi tangkap anjing liar dipergiat
Johor mula operasi buru anjing liar, cegah serangan berulang
Kanak-kanak perempuan 2 tahun cedera diserang anjing liar di hadapan rumah
āBila dia sebut susu dan bear, saya rasa sangat sebak sebab itu memang benda yang dia selalu minta.
āKami cuma harap dia terus kuat dan dapat pulih seperti sediakala,ā katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi, 5 September lalu, Nur Haira dipercayai diserang sekumpulan anjing ketika berada di rumah neneknya, Darlinda Darlis, 56, di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat.
Ketika kejadian, bapa mangsa, Mohamad Hamizi Hamdan, 37, dikatakan sudah keluar dari rumah pada pukul 6.50 pagi bagi urusan perniagaan di Johor Bahru.
Nur Haira pula berada di rumah bersama ahli keluarganya ketika serangan berlaku.
Kejadian itu turut disaksikan abangnya yang berusia 12 tahun, yang cuba menghalau anjing terbabit namun tidak berdaya menyelamatkan adiknya yang mengalami kecederaan serius.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Johor dilaporkan akan menanggung semua kos perubatan Nur Haira selain turut menghulurkan sumbangan tunai kepada keluarganya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








