JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita mengamuk di persimpangan Kajang, serang orang awam dengan pisau

KUALA LUMPUR – Orang ramai di sebuah persimpangan lampu isyarat di Kajang gempar apabila seorang wanita bertindak agresif menyerang orang awam menggunakan pisau, hari ini.

Kejadian itu tular selepas rakaman berdurasi dua minit 49 saat dimuat naik pengguna Facebook, MR J, yang menunjukkan suspek melanggar sebuah motosikal sebelum keluar dari kereta dan menyerang beberapa individu.

Dalam insiden itu, wanita berkenaan turut dilihat cuba menikam beberapa orang serta sempat mencederakan seorang penunggang motosikal.

Orang awam yang berada di lokasi berusaha menghalang perbuatan suspek, namun wanita tersebut melarikan diri ke sebuah pusat beli-belah berhampiran.

Dua orang awam kemudian berjaya menahannya serta merampas pisau yang dipegang sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan pihak media sedang menunggu kenyataan rasmi daripada polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button