BERITA SEMASADALAM NEGERI

Tol EKVE Seksyen 1 bermula malam ini

KUALA LUMPUR – Kutipan tol bagi Seksyen 1 Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) akan bermula tepat jam 12.01 tengah malam ini, menandakan tamatnya tempoh tol percuma selama hampir dua bulan sejak laluan itu dibuka pada 30 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, EKVE Sdn. Bhd. memaklumkan, pelaksanaan kutipan tol itu turut menandakan fasa operasi penuh lebuh raya berkenaan yang menghubungkan Ampang, Hulu Langat dan Sungai Long di bawah pengendalian syarikat konsesi tersebut.

Menurut kenyataan itu, pemberian tol percuma sebelum ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan MADANI bagi meringankan beban rakyat dan memberi masa kepada pengguna membiasakan diri dengan laluan baharu.

“Langkah ini juga bertujuan menggalakkan aliran trafik yang lebih lancar antara kawasan Ampang, Hulu Langat dan Sungai Long,” katanya.

Kutipan tol akan dilaksanakan sepenuhnya secara elektronik menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Pada masa sama, EKVE menasihatkan pengguna supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan jalan raya serta papan tanda arah yang disediakan di semua plaza tol bagi memastikan perjalanan berjalan lancar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline EKVE di 1-300-88-3583.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button