Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mula perlahan sejak awal pagi
KUALA LUMPUR – Gelombang pergerakan pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri esok mula dirasai apabila beberapa lebuh raya utama dilaporkan mengalami aliran trafik perlahan sejak awal pagi ini.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat pukul 8 pagi, kesesakan tertumpu di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), manakala laluan lain termasuk ke arah selatan masih dalam keadaan terkawal.
Di Lebuhraya PLUS, trafik dilaporkan perlahan di laluan arah utara dari Sungkai ke Bidor.
Selain itu, kesesakan turut berlaku dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering susulan sebuah treler rosak di Kilometer 264.4 dari Ipoh Utara ke Kuala Kangsar yang menghalang lorong kiri, namun keadaan keseluruhan masih terkawal.
Sementara itu, di LPT, aliran trafik perlahan antara Lentang ke Bentong berikutan peningkatan jumlah kenderaan.
Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pula, kesesakan sepanjang 9.8 kilometer dilaporkan dari KM48.1 hingga KM57.9 berhampiran Bukit Tinggi arah timur akibat sebuah kenderaan rosak yang menghalang lorong laju.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dengan teliti serta mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian bebas tol LLM di 1-800-88-7752 bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan panjang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








