JENAYAH & MAHKAMAH

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang di Ampang

AMPANG – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Flat Pandan Jaya, di sini sejak Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistan Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, laporan kehilangan Norziah Jorhan dibuat oleh bapanya selepas menyedari anak perempuannya tiada di rumah pada pukul 5 pagi.

Menurut beliau, pengadu memaklumkan isterinya menyedari remaja itu telah keluar dari rumah ketika mereka berada di kediaman berkenaan.

“Siasatan awal mendapati remaja terbabit dipercayai keluar dari rumah susulan berlaku perselisihan faham dalam keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Norziah mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit cerah, berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan kurus dan dianggarkan seberat 56 kilogram.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan atau pernah melihatnya supaya segera menghubungi pihak polis.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4289 7222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Alia Dyana Raimi di talian 017-651 5201,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Anuar turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button