JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja perempuan 16 tahun dilapor hilang di Kajang

KAJANG – Polis sedang giat mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan Siti Zulaika Saiful Anuar diterima pada pukul 4.35 petang, Jumaat lalu.

Menurutnya, remaja itu dipercayai kali terakhir dilihat pada pukul 6.30 petang, Khamis.

“Siti Zulaika berusia 16 tahun, berketinggian kira-kira 160 sentimeter, seberat 45 kilogram, berambut lurus dan berkulit sawo matang.

“Lokasi terakhir mangsa dilihat adalah di sebuah unit di Pangsapuri Damai Mewah B, Jalan Damai Mewah 2, Kajang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi atau keberadaan remaja itu diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Vaelmurgan Amarthalingam di talian 019-6111660.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button