POLITIK

PRN Johor: Status ‘underdog’ tidak lemahkan semangat Mohd Fakharuddin

KOTA TINGGI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Pasir Raja, Mohd Fakharuddin Moslim tidak menganggap statusnya sebagai ‘underdog’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 melemahkan semangatnya.

Beliau yang juga seorang anak FELDA, berdepan pertandingan tiga penjuru dalam perebutan kerusi berkenaan menentang bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Adham Baba dari Barisan Nasional (BN) dan Yuhanita Yunan daripada Perikatan Nasional (PN), lapor FMT.

“Perlu diingatkan, kira-kira 50 peratus pengundi di DUN ini merupakan anak muda.

“Sebagai orang muda dan anak Felda, saya tawarkan diri untuk berkhidmat,” kata Fakharuddin.

Jika bergelar ‘Yang Berhormat’ Sabtu ini, Fakharuddin berkata beliau akan memastikan limpahan ekonomi Johor dirasai penduduk luar bandar, termasuk komuniti Felda yang menurutnya masih memerlukan penambahbaikan asas.

Katanya, pembangunan di Johor ketika ini lebih banyak tertumpu di Johor Bahru, menyebabkan jurang pendapatan dan kemudahan dengan kawasan seperti Kota Tinggi dan Pasir Raja masih ketara.

Sebagai anak Felda, beliau turut memahami keperluan masyarakat di kawasan itu dan yakin dapat membantu Felda Bukit Besar, Bukit Ramun, Sungai Sayong dan Pasir Raja.

Antara masalah dikenal pasti termasukk kekurangan lampu jalan, kelajuan liputan internet dan memperkukuh pendidikan serta latihan kemahiran.

“Kita juga nak pastikan ada pelaburan boleh dibawa masuk di Pasir Raja untuk pastikan anak-anak muda tidak keluar kawasan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button