POLITIK

PRN Johor: PN sedia bertanding semua 56 kerusi DUN

ISKANDAR PUTERI – Perikatan Nasional (PN) sedia bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Johor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya juga bersiap sedia menghadapi pilihan raya itu pada bila-bila masa.

“PN akan bertanding di semua kerusi DUN. Senarai nama calon akan diserahkan sepenuhnya kepada pimpinan peringkat pusat,” katanya kepada pemberita di pekarangan Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu memaklumkan jawatan Pengerusi PN Johor masih belum dimuktamadkan walaupun senarai nama calon telah dikemukakan kepada kepimpinan pusat.

Menurutnya, cadangan nama telah dihantar oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar untuk pertimbangan.

“Setakat ini senarai nama telah dikemukakan, namun siapa yang akan dilantik sebagai Pengerusi PN Johor masih belum diputuskan,” katanya.

“Kita menunggu pengumuman rasmi daripada pimpinan pusat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button