JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lima individu susulan kematian penghuni pusat jagaan

IPOH – Polis menahan lima individu termasuk seorang penjaga rumah jagaan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang penghuni lelaki di sebuah pusat jagaan di Tanjung Rambutan, di sini, semalam.

Mangsa berusia 54 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta peranan setiap individu yang terbabit.

“Bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes berkenaan kerana boleh menjejaskan siasatan polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button