BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Phone scam: Penyelia kilang rugi lebih RM300,000

PONTIAN – Seorang penyelia kilang berusia 51 tahun berputih mata apabila kerugian RM306,824 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai ejen insurans melalui panggilan telefon (phone scam).

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussaian, mangsa dihubungi ejen insurans yang menyatakan dia membuat tuntutan palsu bagi menuntut pembayaran kematian isterinya.

Beliau berkata, perbualan itu disambungkan kepada pihak yang menyamar sebagai polis bagi membuat semakan rekod jenayah dan pada masa mangsa dimaklumkan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

“Mangsa membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke beberapa akuan suspek bermula 7 Oktober hingga 4 Disember lalu berjumlah RM306,824.94 yang memaklumkan akan disimpan bagi tujuan pengauditan dan akan dipulangkan selepas selesai oleh Jabatan Audit Negara.

“Mangsa kemudian membuat semakan dengan menghubungi kenalan rapat yang bekerja dalam sektor perundangan bagi mengesahkan mengenai masalah berkenaan, namun dimaklumkan masalah berkenaan satu penipuan, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan juga denda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button