Remaja 14 tahun maut jatuh dari tingkat 7 pangsapuri di Shah Alam
SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan apartmen di Seksyen 19, di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, pihaknya menerima satu laporan kejadian pada pukul 6.44 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati, mangsa disyaki jatuh dari tingkat lima tetapi hasil siasatan lanjut mendapati mangsa disyaki jatuh daripada tingkat tujuh bangunan itu.
“Mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bawah bangunan itu, pukul 4.20 petang semalam.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia pukul 5.40 petang di Zon Merah Hospital Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan mati mengejut.
“Proses bedah siasat akan dibuat pada hari ini di Hospital Shah Alam bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Orang ramai ada maklumat boleh salurkan kepada talian 011-39360779 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















