Polis tahan aktivis GSF 2.0, didakwa cetus kekecohan di lapangan terbang
BILBAO, Sepanyol – Empat aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ditahan kerana didakwa mencetuskan kekecohan ketika tiba di Lapangan Terbang Bilbao, Sepanyol, hari ini.
Laporan Euronews yang memetik sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila enam aktivis yang baru tiba di wilayah Basque berkenaan sedang bergambar untuk media sehingga menghalang salah satu laluan keluar ketibaan di lapangan terbang berkenaan.
Susulan insiden berkenaan, anggota polis campur tangan selepas menganggap kawalan keselamatan telah dilanggar, sekali gus mencetuskan tolak-menolak dan suasana tegang antara aktivis, pengiring mereka dan pihak polis.
Video yang tersebar menunjukkan, anggota polis memukul sebahagian aktivis berkenaan menggunakan cota.
Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke hadapan hakim susulan insiden berkenaan.
Bagaimanapun, situasi berbeza menanti 20 lagi aktivis Sepanyol yang pulang menerusi Lapangan Terbang Barcelona-El Prat, tengah hari tadi (wktu tempatan).
Kira-kira 200 orang menyambut ketibaan mereka di terminal dengan mengibarkan bendera Palestin serta membawa sepanduk alu-aluan.
Hadir sama, wakil politik dan pegawai awam yang menyatakan sokongan terhadap inisiatif berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








