JENAYAH & MAHKAMAH

Kes tembak Klang, Polis Selangor tahan 3 lelaki

SHAH ALAM – Polis Selangor mengesahkan penahanan tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam kes tembak yang menyebabkan kematian seorang penganggur di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi Klang, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, semua suspek berumur di antara 19 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar Klang.

“Pihak polis sudah membuat tiga tangkapan bagi membantu siasatan dan ketiga-tiga mereka telah direman yang tamat pada Isnin ini.

“Siasatan masih berlangsung, jadi tidak boleh memberi ulasan terperinci kerana ia menyebabkan sensitiviti kes itu,” katanya selepas menyempurnakan Pelupusan Barang Kes Dadah dan Kertas Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Mengulas dakwaan kes tembak yang tular di media sosial itu ada kaitan kumpulan kongsi gelap, Shazeli berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan daripada pelbagai aspek.

Related Articles

“Kita siasat semua sudut termasuk latar belakang si mati itu sendiri. Jadi, beri peluang dan ruang untuk PDRM jalankan siasatan adil serta menyeluruh,” katanya.

Shazeli sebelum ini mengesahkan mangsa kes tembak di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang dekat sini, pada 7 Oktober lalu adalah seorang lelaki tempatan yang tidak bekerja.

Siasatan lanjut mendapati, suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan pada bahagian hadapan kereta dan terkena badan mangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button