JENAYAH & MAHKAMAH

PDRM akan mohon bantuan pihak berkuasa Indonesia kesan waris bayi mati didera

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon bantuan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan maklumat ibu kandung seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan yang didera hingga maut di sebuah rumah di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, baru-baru ini.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, ini adalah bagi mengesahkan latar belakang bayi berkenaan serta memaklumkan kepada waris terdekat mengenai kejadian itu.

“Setakat ini, kita telah mengambil keterangan daripada tujuh individu termasuk jiran. Pasangan suami isteri itu masih ditahan reman dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Sebaik sahaja kertas siasatan lengkap, ia akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (untuk tindakan selanjutnya),” katanya, hari ini.

Tambahnya, bayi berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Laporan media sebelum ini memberitahu, kecederaan dan kematian bayi itu berpunca dari penderaan dan penganiayaan yang berterusan sejak sebulan lalu.

Siasatan polis mendapati, kecederaan dialami mangsa berpunca bayi berkenaan menangis tidak henti membuatkan ibu angkat berasa tertekan lalu menganiayanya.

Hasil bedah siasatan dijalankan mendapati bahagian tengkorak bayi berkenaan mengalami keretakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button