BERITA SEMASAHIBURANJENAYAH & MAHKAMAH

Polis buka kertas siasatan siasat dakwaan Shila Amzah diserang

KUALA LUMPUR – Polis KL telah membuka satu kerts siasatan berkenaan dakwaan penyanyi Shila Amzah dia diserang seorang penyanyi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya telah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah membuat satu laporan di IPD Dang Wangi pukul 5.31 petang semalam.

“Setakat ini, individu yang dikatakan menyerang penyanyi itu masih belum dipanggil, namun tindakan sedang diambil untuk mendapatkan keterangan daripadanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kejadian tidak melibatkan kecederaan atau sentuhan secara fizikal.

Terdahulu, laporan media menyebut Shila mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis bertaraf legenda ketika sesi latihan bagi sebuah konsert.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button