BERITA SEMASAPMX

PM ucap tahniah kepada Syed Saddiq, Bella Astillah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, dan pasangannya, Bella Astillah, 34, di atas pengumuman pertunangan mereka hari ini.

Menerusi ciapan di aplikasi X, Anwar mengusik pasangan tersebut agar diberikan kad undangan untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka.

“Tahniah, kad jemputan jangan lupa,” tulisnya ringkas di laman sosial itu.

Terdahulu, Syed Saddiq mengumumkan pertunangannya dengan pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu sekali gus mengesahkan spekulasi hubungan mereka yang bertiup kencang akhir-akhir ini.

Pengumuman itu disampaikan sendiri oleh Syed Saddiq menerusi hantaran video di Instagram.

I asked, she said yes. Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita,” tulisnya.

BACA JUGA:

Bella Astillah, Syed Saddiq bakal bertunang petang ini, lamaran di puncak Kinabalu

Sesi lamaran dilaksanakan penuh romantik ketika mereka mendaki Gunung Kinabalu sekitar Januari lalu.

Bella sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon dari Singapura, Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Bagaimanapun, mereka sah bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024 susulan kemelut rumah tangga dan isu khalwat bekas suaminya.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button