Pengambilan PLKN dijangka capai 100,000 dengan IPT jadi pusat latihan
KUALA LUMPUR – Jumlah peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijangka meningkat sehingga kira-kira 100,000 orang setahun susulan penglibatan institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai pusat latihan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sasaran ditetapkan adalah melibatkan sekitar 25,000 peserta yang menjalani latihan di kem-kem tentera, manakala baki 75,000 lagi akan ditempatkan di pelbagai IPT di seluruh negara.
Menurut beliau, pelaksanaan latihan di IPT akan bermula tahun ini, khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta beberapa politeknik, melibatkan kira-kira 6,000 peserta.
“Bagi tahun ini, jumlah keseluruhan peserta adalah sekitar 10,000 orang, namun angka itu dijangka meningkat sehingga kira-kira 100,000 orang pada tahun depan.
“Secara keseluruhan, kita menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 peserta PLKN setahun, dengan kira-kira 25,000 daripadanya menjalani latihan di kem-kem tentera darat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sasar Residensi Sateria, Sungai Besi, di sini, hari
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








