BERITA SEMASALUAR NEGARA

Malaysia tingkat hubungan pertahanan dengan Korea

SEOUL – Malaysia akan meningkatkan kerjasama pertahanan dengan Republik Korea melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang kini sedang dimuktamadkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu menjadi antara fokus perbincangan semasa pertemuan dengan Menteri Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan Korea, Seok Jong-gun.

“Kedua-dua negara membincangkan secara serius cadangan untuk membawa hubungan pertahanan ke tahap yang lebih tinggi, melalui MoU peringkat kerajaan (G2G) berkenaan perolehan produk-produk pertahanan seperti yang telah dimeterai antara Malaysia dan Republik Türkiye pada Jun yang lalu,” katanya.

Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan Menteri Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan Korea, Seok Jong-gun sempena Dialog Pertahanan Seoul.

Mohamed Khaled berkata demikian dalam hantaran di Facebooknya sempena penyertaan beliau dalam Dialog Pertahanan Seoul 2024 di negara ini.

Katanya, melalui pendekatan seumpama itu, negara mampu mengoptimumkan pelbagai manfaat seperti program ‘offset’, latihan dan pemindahan teknologi.

Malah katanya, ia berpotensi membantu pembangunan industri pertahanan tempatan yang berdaya saing khususnya dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button