POLITIK

UMNO bincang kemasukan semula Hishammuddin, KJ 17 April

KOTA TINGGI – Permohonan beberapa bekas pemimpin untuk menyertai semula UMNO akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 17 April depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara nama yang terlibat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin yang telah menghantar permohonan rasmi untuk kembali ke dalam parti.

Menurutnya, UMNO telah menerima beberapa permohonan daripada bekas ahli dan pemimpin yang sebelum ini dikenakan tindakan disiplin.

“Permohonan akan dibawa ke MKT pada 17 April untuk dipertimbangkan. Kita akan lihat perkara ini secara menyeluruh,” memetik BuletinTv3 online.

Tambah beliau, pendekatan ini dilihat sebagai usaha ke arah penyatuan semula ahli parti dan memperkukuh kekuatan UMNO.

“Ini selaras dengan semangat ‘Rumah Bangsa’ dan saya percaya akan ada keputusan yang positif,” katanya lagi.

Difahamkan, beberapa pemimpin termasuk Hishammuddin dan Khairy sebelum itu digantung atau dipecat berikutan pelanggaran disiplin parti, namun kini memohon untuk kembali menyertai UMNO.

Keputusan muktamad mengenai permohonan tersebut dijangka diketahui selepas mesyuarat MKT parti berlangsung bulan depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button