BERITA SEMASA

Mohamed Khaled sifatkan lawatan kerja ke Kuwait berjaya

KUWAIT – Hubungan baik antara Malaysia dan Kuwait boleh dieratkan lagi melalui kerjasama baharu dalam banyak bidang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bidang pertahanan antara kerjasama baharu yang boleh dirintis bersama negara di Asia Barat itu.

“Saya menutup rangka kerja lawatan saya ke Kuwait dengan memenuhi jemputan jamuan makan malam yang dihoskan oleh Sheikh Fahad Yousef Saud Al-Sabah di Hotel Waldorf Astoria, Kuwait.

“Terserlah hubungan baik dan mesra antara Malaysia dengan Kuwait dalam majlis makan malam tersebut, dan pastinya hubungan baik ini boleh dieratkan lagi melalui kerjasama baharu dalam banyak bidang, khususnya pertahanan.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan kepada kerajaan Kuwait atas layanan mesra dan hospitaliti yang disediakan oleh pihak Kuwait kepada saya dan delegasi Kementerian Pertahanan dalam rangka kerja lawatan kali ini, yang saya boleh simpulkan sebagai berjaya serta telah memenuhi hasrat serta matlamatnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memenuhi jemputan jamuan makan malam yang dihoskan oleh Sheikh Fahad Yousef Saud Al-Sabah di Hotel Waldorf Astoria, Kuwait.

Mohamed Khaled yang dalam lawatan kerja ke Kuwait turut memaklumkan hasrat negara untuk memperoleh jet tempur jenis F/A 18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait.

Hasrat Malaysia itu mendapat maklum balas positif daripada Perdana Menteri Kuwait yang menyatakan tiada halangan mengenainya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button