BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

Khaled bangga TDM tamatkan Eksesais Desert Tiger di UAE

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa bangga apabila berpeluang menaiki pesawat yang sama dengan pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang baru menamatkan Eksesais Desert Tiger Siri 8/26 di Ajman, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Munich melalui Dubai berkata, latihan bilateral selama 13 hari itu membabitkan 15 pegawai dan 86 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Batalion ke-7, Rejimen Renjer Diraja.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat atas komitmen, disiplin serta semangat tinggi sepanjang eksesais ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut beliau, latihan tersebut memberi pendedahan langsung kepada anggota TDM dalam pelaksanaan Operasi Dalam Kawasan Terbina (OBUA) di persekitaran padang pasir.

Selain itu, eksesais berkenaan turut menjadi platform penting bagi pertukaran doktrin serta Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) bersama Tentera Darat UAE.

“Saya yakin pengalaman ini akan memperkukuh kesiapsiagaan, profesionalisme dan keupayaan anggota kita, selari dengan usaha memperkasa kerjasama pertahanan dua hala Malaysia-UAE,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button