Khaled Nordin enggan komen isu Puad Zarkashi keluar UMNO
KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan mengulas mengenai tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mengumumkan keluar parti itu, hari ini.
“Saya tak mahu komen, baca sahajalah kenyataan terbaru beliau,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) di ibu negara, hari ini.
Mohd Puad yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini menyatakan keluar UMNO serta-merta dengan alasan UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan kerana dikawal istana.
Pengundurannya daripada UMNO dibuat sehari selepas beliau memberi bayangan mengenai satu pengumuman besar yang akan dibuat pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Dalam kenyataannya, Puad berkata, keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang paksaan dan bagi membolehkannya menyuarakan pandangan secara bebas tanpa dituduh menentang parti dari dalam.
Baca juga : Puad Zarkashi umum keluar UMNO, dakwa parti di Johor hilang kebebasan buat keputusan
“Tanpa berat hati, saya umum keluar UMNO serta-merta mulai hari ini 25 Jun 2026. Oleh itu UMNO tidak perlu bersusah payah memecat saya. Ia juga memudahkan saya berbeza pandangan tanpa dituduh menikam parti dari belakang.
“Kini saya bebas mengkritik UMNO, satu wadah yang saya sayangi dan hormati untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








