SUKANBERITA SEMASA

Piala Dunia ISTAF: Thailand kecewakan Malaysia sekali lagi dalam acara berpasukan

KUALA LUMPUR – Harapan Malaysia untuk meraih gelaran ‘hattrik’ Piala Dunia ISTAF terkandas apabila hasrat itu dinafikan oleh skuad sepak takraw Thailand dalam acara berpasukan di Stadium Titiwangsa, di sini sebentar tadi.

Malaysia yang bermula cemerlang dengan kemenangan regu pertama yang diwakili Farhan Adam, Syahir Rosdi dan Azlan Alias berjaya menumpaskan regu pertama Thailand 9-15, 15-11, 15-13.

Namun, aksi regu kedua tidak begitu memberangsangkan, menyaksikan Malaysia tewas dan membolehkan Thailand mengheret Malaysia ke perlawanan penentuan.

Dalam perlawanan tersebut, trio Malaysia yang terdiri daripada Haziq Nizam (tekong), Amirul Zazwan Amir, dan Noraizat Nordin seakan hilang punca ketika memasuki pertengahan set pertama menyebabkan mereka tewas dengan skor 8-15.

Kesilapan demi kesilapan dalam gelanggang terus menyaksikan Malaysia tewas dengan 15-5.

Malah, hanya satu servis ace dan tujuh rejaman berjaya dicatatkan oleh Malaysia daripada perlawanan kedua itu.

Thailand menamatkan perlawanan dengan kemenangan straight set untuk mengesahkan kejayaan mereka untuk menang dalam acara berpasukan.

Ketua jurulatih Malaysia, Ahmad Jais Baharun, cuba mengubah taktik pasukan dengan membuat pertukaran pemain di pertengahan set pertama.

Beliau mengeluarkan Zuhri Zain (tekong) dan Baihakki A’ripin (perejam) dan memasukkan Zarif Marican Ibrahim Marican serta Shaharil Aiman.

Namun, strategi tersebut tidak berjaya menyaingi keampuhan skuad Thailand.

Malaysia tetap harus berbangga dengan kejayaan memenangi acara doubles dan regu pada hari Rabu lalu walaupun tidak berjaya meraih ketiga-tiga kemenangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button