Peserta GSF dari Sepanyol ditahan, gigit petugas perubatan
TEL AVIV – Polis Israel difahamkan menahan seorang peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) dari Sepanyol kerana didakwa menggigit seorang petugas perubatan wanita di Penjara Ketziot, semalam.
Kementerian Luar rejim dalam satu kenyataan ringkas berkata, kejadian berlaku ketika petugas perubatan itu sedang mengiringi wanita Sepanyol itu bagi pemeriksaan kesihatan rutin sebelum proses deportasi dilaksanakan.
“Petugas perubatan itu mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” kata kementerian itu dalam hantaran di X.
Sementara itu, media Israel melaporkan buat masa ini masih belum diketahui sama ada tindakan undang-undang akan diambil terhadap wanita Sepanyol yang tidak dinamakan itu.
Khamis lalu, misi kemanusiaan GSF membabitkan 400 sukarelawan daripada 44 buah negara dipintas tentera laut rejim ketika sedang dalam perjalanan membawa bekalan ke Gaza.
Setakat ini, sukarelawan daripada beberapa buah negara termasuk 23 daripada Malaysia sudah dibebaskan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















