Aktivis GSF dipindah ke lapangan terbang Crete, dihantar pulang
ATHENS – Kesemua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditawan Israel, kelmarin sedang dipindahkan ke lapangan terbang di pulau Crete di Greece untuk dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
Laporan Anadolu yang memetik media tempatan berkata, seramai 178 aktivis dari pelbagai negara, termasuk Greece itu dibawa ke kampung Atherinolakkos di Lasithi, timur Crete, yang dari sana mereka akan dihantar ke Lapangan Terbang Heraklion dengan menaiki bas, lapor penyiar SKAI, memetik sumber tempatan.
Dari lapangan terbang, aktivis itu akan dihantar pulang ke negara asal mereka, tambahnya.
Semalam, flotila yang membawa bantuan kemanusiaan itu telah diserang di perairan pulau kira-kira 600 batu nautika dari destinasi mereka, iaitu kawasan Gaza yang musnah akibat sekatan.
Kapal pertama flotila yang membawa bantuan kemanusiaan itu belayar dari Barcelona pada 12 April, manakala armada utama belayar dari pulau Sicily, Itali pada 26 April, bertujuan untuk memecahkan sekatan Israel selama bertahun-tahun ke atas Gaza.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















