LUAR NEGARA

Protes besar-besaran tercetus selepas zionis pintas flotila kemanusiaan

MILAN – Protes besar-besaran kembali tercetus di beberapa bandar bagi membantah tindakan rejim zionis memintas flotila kemanusiaan yang dalam perjalanan ke Gaza, lapor Associated Press.

Di Rom, berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkumpul di luar stesen kereta api utama pada waktu malam.

Tindakan itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup sementara akses ke stesen itu dan menutup stesen metro berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut akhbar La Repubblica, sekumpulan penunjuk perasaan berarak menuju ke pejabat Perdana Menteri, Giorgia Meloni, menuduh kerajaan gagal menunjukkan solidariti terhadap aktivis flotila.

Ada yang melaungkan bahawa kerajaan mempunyai “darah di tangannya.”

Di bandar selatan Naples, beberapa penunjuk perasaan menghalang landasan di stesen kereta api utama, menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti, lapor agensi berita ANSA.

Tunjuk perasaan turut dilaporkan berlaku di bandar-bandar utara Itali termasuk Milan dan Turin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button