Permohonan pinjaman pendidikan MARA mula dibuka hari ini
Lepasan SPM cemerlang yang ingin sambung pelajaran dalam dan luar negara
KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin menyambung pengajian memohon pinjaman pelajarannya mulai hari ini.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, permohonan itu bagi golongan yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara terpilih.
“Maklumat lanjut mengenai program Pembangunan Bakat Muda (YTP) lepasan SPM 2023 boleh didapati di laman sesawang MARA.
“Permohonan secara dalam talian dibuka bermula hari ini iaitu 27 Mei hingga 10 Jun depan,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah pemohon atau salah seorang ibu dan bapa bertaraf Bumiputera serta warganegara Malaysia.
Had umur pemohon pada 31 Disember tahun ini tidak melebihi 20 tahun dan tidak menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan agensi bagi peringkat pengajian sama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








