Asyraf Wajdi wakili Zahid ke Muktamar PAS
KOTA BHARU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hadir ke Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, hari ini bagi mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob; Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad serta barisan ketua bahagian UMNO.
Menurut Asyraf Wajdi, pihaknya berharap permuafakatan antara dua parti Melayu terbesar ini terus diperkukuh.
“Semoga permuafakatan antara dua parti Melayu terbesar UMNO dan PAS ini terus diperkukuh dan memberi manfaat yang besar dalam memperjuangkan agama, membela kepentingan bangsa serta memastikan masa depan negara terus terpelihara,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Ini adalah kali kedua pemimpin UMNO menghadiri Muktamar Pas selepas 2019.
Pada Muktamar Pas 2019 yang berlangsung di Pahang, UMNO diwakili Timbalan Presiden ketika itu, Datuk Seri Mohamad Hasan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








