Sesi murajaah Al-Quran diperluas ke semua aliran pendidikan MARA
KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menekankan kepentingan murajaah atau ulang kaji hafazan Al-Quran dalam kalangan pelajar Huffaz bagi memastikan ayat-ayat yang dihafal kekal segar dalam ingatan.
Beliau berkata, amalan murajaah sekurang-kurangnya satu juzuk sehari mampu memelihara hafazan yang sedia ada agar tidak mudah dilupakan.
“Di MARA, kita telah mula memperkenalkan sesi khas murajaah Al-Quran untuk para Huffaz, bukan sahaja dalam aliran TVET seperti di GiatMARA, IKM, KKTM, MJII dan GMI, malah turut diperluaskan kepada aliran profesional serta akademik di Kolej MARA, KPM, KPTM, hinggalah ke peringkat universiti seperti UPTM dan UniKL,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Asyraf Wajdi turut berkongsi pengalamannya mengadakan sesi tasmi’ bersama puterinya Affaf selepas solat Subuh berjemaah, sebelum memulakan jadual hariannya yang padat.
Menurut beliau, usaha ini penting bagi melahirkan generasi pelajar MARA yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran, tetapi juga mantap dari segi penguasaan Al-Quran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








