Warga MARA terlibat aktiviti songsang dikenakan tindakan tegas – Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengenakan tindakan keras ke atas warganya sekiranya mereka didapati terlibat dalam aktiviti songsang.
Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara tindakan yang akan dikenakan termasuk tindakan diberhentikan perkhidmatan.
“Pengurusan MARA tahu pendirian tegas saya, jika ada pegawai mahupun staf MARA atau di mana-mana institusi pendidikan MARA terlibat dengan aktiviti songsang, tindakan keras sehingga dibuang kerja wajib diambil,” katanya, hari ini.
Asyraf Wajdi berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Hantarannya tersebut turut meraih sokong orang ramai terutamanya ibu bapa yang amat menanti-nantikan tindakan tegas sedemikian dilakukan demi memelihara akhlak dan agama anak-anak masing-masing.
“Ini yang rakyat nak dengar terutama ibu bapa yang hantar anak belajar ke sekolah. Jika cikgu pun buat perkara dilaknat Allah, macam mana nak didik anak murid berakhlak baik dan takut Allah,” komen @Hunney Fastieya.
“Itu yg sepatutnya. Dah lah anak-anak duduk asrama, tiba-tiba ada pulak guru yang songsang. Mahu tak risau mak ayah. Cikgu-cikgu semua patut juga kena buat ujian HIV,” komen pengguna, Diana Idhana.
“Terbaik! Kalau bukan kita siapa lagi. Jadilah manusia yang mampu memanusiakan orang lain,” komen Mawar Srikandi pula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







