Aktiviti songsang di premis berlesen luar kawalan pihak berkuasa
KUALA LUMPUR – Aktiviti songsang yang berlaku di sesetengah premis setelah lesen pengoperasian diberikan adalah di luar kawalan pihak berkuasa.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat, hari ini.
Kata Dr. Zaliha, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan lesen berdasarkan cadangan aktiviti yang dikemukakan.
“Bila ada permohonan lesen kita berikan lesen ikut apa mereka tuliskan dalam kertas cadangan. Untuk pembukaan spa kita benarkan.
“Apa yang berlaku kadang-kadang beri lesen, tetapi aktiviti dilakukan selepas itu adalah di luar kawalan,” katanya ketika sesi jawapan lisan, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang meminta penjelasan mengenai peranan agensi Wilayah Persekutuan dalam memantau lesen premis spa yang disalahgunakan untuk aktiviti songsang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















