Pelancong Malaysia ke Thailand, PM gesa kos khidmat pelancongan di Langkawi diturunkan
KUALA LUMPUR – Terdapat keperluan menurunkan kos perkhidmatan pelancongan dalam negara, khususnya di Langkawi, bagi memastikan pulau peranginan itu kekal menjadi pilihan pelancong tempatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun pengukuhan ringgit mendorong lebih ramai rakyat memilih destinasi luar negara seperti Thailand dan Indonesia, kerajaan tetap komited memastikan sektor pelancongan domestik terus berkembang pesat.
“Apabila ringgit menguat, matawang seperti rupiah dan baht menjadi lemah, jadi ada tarikan untuk ke negara berkenaan. Namun, kita juga mahu rakyat ada banyak pilihan untuk berbelanja dan bercuti dalam negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai peningkatan rakyat Malaysia melancong ke negara jiran seperti Thailand, meskipun matawang Baht melonjak.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, antara inisiatif yang akan dilaksanakan kerajaan ialah pemberian ganjaran pengecualian cukai sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan dalam negara sebagai galakan kepada rakyat bercuti di destinasi tempatan.
Walau bagaimanapun, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap kadar harga makanan, penginapan dan perkhidmatan di Langkawi yang didapati terlalu tinggi, sekali gus berpotensi menjejaskan minat pelancong tempatan untuk berkunjung ke pulau berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








