BERITA SEMASA

PADu siap 60 peratus

PUTRAJAYA – Pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADu) kini berada di tahap 60 peratus dan akan mula diuji pada November.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pembangunan sistem perkongsian maklumat antara jabatan itu tepat di landasan garis masa ditetapkan sebelum ia boleh digunakan orang ramai mulai Januari tahun depan.

“Setakat ini, proses membangunkan sistem itu, yang mana menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di Malaysia, berjalan lancar mengikut garis masa seperti dirancang.

“Jika semuanya baik, PADu akan sedia untuk digunakan rakyat Malaysia mulai Januari 2024,” katanya.

Pada Mei, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, PADu diwujudkan bagi menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini supaya membolehkan pelaksanaan subsidi bersasar.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi berkata, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang omnibus tahun depan bagi membenarkan perkongsian data antara kementerian dan agensi.

Pada Selasa, beliau berkata, rang undang-undang itu memudahkan kerajaan kerana tidak perlu meminda setiap akta yang memberi kuasa kepada kementerian atau agensi masing-masing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button