Gerakan ‘Real Reform’ mula digerakkan, didakwa ada kaitan dengan Rafizi
KUALA LUMPUR – Satu gerakan dikenali sebagai “Real Reform” dipercayai mula digerakkan, apabila maklumat berkaitannya tular di aplikasi WhatsApp hari ini.
Perkara itu dikongsikan oleh bekas calon PKR Parlimen Putrajaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz menerusi status WhatsApp miliknya yang memaparkan borang penyertaan sukarelawan bagi kempen berkenaan.

Tinjauan mendapati borang tersebut mengajak orang ramai menyertai sebagai sukarelawan dengan slogan “Jom Jadi Sukarelawan #realreform”, selain menyatakan maklumat yang dikongsi adalah untuk kegunaan dalaman.
Perkembangan itu turut dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwa menjadi antara individu yang mula menggerakkan inisiatif berkenaan, meskipun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini.
Sementara itu, Dr Noraishah sebelum itu dilaporkan telah meletakkan semua jawatan dalam parti dan keluar daripada PKR minggu lalu ketika Mesyuarat Agung Cabang PKR Putrajaya.
Dalam perkembangan berkaitan, parti itu juga dilihat masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap Rafizi yang merupakan bekas Timbalan Presiden PKR serta Ahli Parlimen Pandan berhubung isu berkenaan setakat ini.
Setakat ini, belum ada pengesahan lanjut daripada pihak berkaitan mengenai hala tuju sebenar gerakan “Real Reform” tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








