BERITA SEMASA

Ribut petir diramal landa hampir semua negeri hingga 8 malam ini – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan ramalan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak hingga pukul 8 malam ini.

Di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah seluruh Perlis, Kedah dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin),” kata MET Malaysia menerusi hantaran di Facebook.

Keadaan sama turut berlaku di Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling), Kuala Lumpur dan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Miri (Subis dan Beluru).

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Menurut MET Malaysia, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button