BERITA SEMASA

Ribut petir, hujan lebat diramal landa KL, empat negeri hingga 1 tengah hari

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri termasuk ibu negara sehingga jam 1 tengah hari, hari ini.

METMalaysia berkata, antara kawasan terlibat di Perak ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat serta Hulu Langat.

“Amaran sama turut meliputi seluruh Kuala Lumpur serta Jelebu di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, keadaan cuaca serupa dijangka berlaku di Sarawak, khususnya di Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.

Menurut agensi itu, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat petunjuk hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh singkat atau berterusan lebih sejam.

“Amaran ini bersifat jangka pendek dan sah tidak melebihi enam jam bagi setiap pengeluaran,” katanya lagi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat serta gangguan aktiviti harian susulan keadaan cuaca tidak menentu tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button