BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAANJABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Ruang rehat khas untuk ‘rider’ bakal diwujudkan di ibu kota – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Satu hentian atau ‘pit stop’ khas akan diwujudkan di ibu negara bagi menyediakan ruang rehat yang selesa dan selamat kepada golongan penghantar p-hailing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, inisiatif itu dikenal pasti susulan lawatan tapak bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud bagi meneliti lokasi yang sesuai untuk kemudahan berkenaan.

“Lawatan tapak bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur meneliti tapak yang akan diwujudkan sebagai pit stop khas bagi golongan riders di ibu kota,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurut Hannah, kewujudan hentian rehat tersebut penting bagi membolehkan golongan penghantar itu berehat seketika dan mengecas semula tenaga sebelum meneruskan tugasan harian.

“Mereka ini memerlukan tempat berehat untuk recharge kerana kitaran kerja hampir 16 jam di atas jalan raya. Saya mahukan ibu kota yang selesa dan sejahtera untuk semua,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button