JENAYAH & MAHKAMAH

139 warga asing ditahan dalam serbuan pelacuran di ibu negara

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 139 warga asing dalam serbuan terhadap 13 premis yang dipercayai menjalankan kegiatan maksiat dan pelacuran di sekitar pusat bandar, semalam.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM, Basri Othman berkata, operasi bermula jam 11.30 pagi itu menumpukan lokasi tumpuan warga asing di Jalan Petaling, Jalan Imbi dan Jalan Pudu, dengan seramai 205 individu diperiksa sepanjang operasi.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 27 lelaki dan 112 wanita berusia antara 20 hingga 65 tahun dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Nepal dan Sri Lanka.

“Turut ditahan 20 lelaki warga tempatan yang disyaki bertindak sebagai kapten atau penjaga premis,” memetik laporan Awani online.

Basri memaklumkan siasatan awal mendapati perkhidmatan ditawarkan pada harga serendah RM60, dengan kehadiran pelanggan warga tempatan dan asing.

“Wanita yang bekerja di premis tersebut pula tinggal di lokasi lain sementara premis hanya digunakan untuk kegiatan tersebut,” katanya lagi.

Beliau berkata, premis berkenaan beroperasi 24 jam sehari melalui dua syif bermula jam 6 pagi hingga 6 petang, sebelum disambung ke syif berikutnya tanpa henti.

“Pelanggan juga boleh datang terus tanpa perlu membuat tempahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa premis telah mengubah suai struktur bangunan dengan membina dinding pemisah secara haram.

“Maklumat ini akan disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

JIM turut menyiasat sama ada semua premis tersebut beroperasi di bawah satu sindiket yang menggunakan modus operandi sama.

Dalam operasi yang sama, sebuah kereta Nissan Latio dipandu warga asing cuba melarikan diri ketika serbuan di Jalan Petaling, namun berjaya dipintas anggota penguat kuasa.

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Depoh Imigresen KLIA, Beranang dan Semenyih untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button